Friday, December 31, 2010

KISAH NABI IDRIS ALAI HIS SALAM

Tidak banyak keterangan yang didapati tentang kisah Nabi Idris di dalam Al-Quran mahupun dalam kitab-kitab Tafsir dan kitab-kitab sejarah nabi-nabi. Di dalam Al-Quran hanya terdapat dua ayat tentang Nabi Idris iaitu dalam surah Maryam ayat 56 dan 57:

"Dan ceritakanlah {hai Muhammad kepada mereka kisah} Idris yang terdapat tersebut di dalam Al-Quran. Sesungguhnya ia adalah seorang yang sangat membenarkan dan seorang nabi. Ayat 56 Dan Kami telah mengangkatnya ke martabat yang tinggi. Ayat 57

Nabi Idris adalah keturunan keenam dari Nabi Adam putera dari Yarid bin Mihla'iel bin Qinan bin Anusy bin Syith bin Adam A.S. dan adalah keturunan pertama yang dikurniai kenabian menjadi Nabi setelah Adam dan Syith. Nabi Idris menurut sementara riwayat bermukim di Mesir di mana ia berdakwah untuk agama Allah s.w.t. mengajarkan tauhid dan beribadat menyembah Allah s.w.t. serta memberi beberapa pendoman hidup bagi pengikut-pengikutnya agar menyelamat diri dari seksaan diakhirat dan kehancuran serta kebinasaan di dunia. Ia hidup sampai usia 82 tahun.

Diantara beberapa nasihat dan kata-kata mutiaranya ialah : ~
1 . Kesabaran yang disertai iman kepada Allah s.w.t. membawa kemenangan.
2 . Orang yang bahagia ialah orang yang berwaspada dan mengharapkan syafaat dari Tuhannya dengan amal-amal solehnya.
3 . Bila kamu memohon sesuatu kepada Allah s.w.t. dan berdoa maka ikhlaskanlah niatmu demikian pula puasa dan solatmu.
4 . Janganlah bersumpah dalam keadaan kamu berdusta dan janganlah menuntup sumpah dari orang yang berdusta agar kamu tidak menyekutui mereka dalam dosa.
5 . Taatlah kepada raja-rajamu dan tunduklah kepada pembesar-pembesarmu serta penuhilah selalu mulut-mulutmu dengan ucapan syukur dan puji kepada Allah s.w.t.
6 . Janganlah iri hati kepada orang-orang yang baik nasibnya, kerana mereka tidak akan banyak dan lama menikmati kebaikan nasibnya.
7 . Barang siapa melampaui kesederhanaan tidak sesuatu pun akan memuaskannya.
8 . Tanpa membahagi-bahagikan nikmat yang diperolehnya seorang tidak dapat bersyukur kepada Allah s.w.t. atas nikmat-nikmat yang diperolehinya itu.

Dalam hubungan dengan firman Allah s.w.t. bahawa Nabi Idris diangkat kemartabat tinggi. Ibnu Abi Hatim dalam tafsirnya meriwayatkan bahawa Nabi Idris wafat tatkala berada di langit keempat dibawa oleh seorang Malaikat. Wallahu a'alam bissawab.

Tuesday, December 28, 2010

Peristiwa Kelahiran Nabi Muhammad SAW

Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta.

Kelahiran baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama dalam sejarah Islam.

Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya, Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang hamil.

Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.

Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.

Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua penghuni langit dan bumi.
Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi subur, pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan di darat dan di laut sibuk membincangkannya.

Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi. Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti dan berundur dengan izin Allah.

Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.

Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa. Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata ``Khabar bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.''

Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam. Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa.Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang seorang nabi pada akhir zaman.

Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.


Tayamum



 Pengertian Tayamum
 
Tayamum adalah pengganti wudhu atau mandi wajib yang menggunakan air bersih digantikan dengan menggunakan tanah atau debu yang bersih.


Alat tayamum :
tanah suci yang berdebu. Dilarang bertayamum dengan tanah berlumpur, bernajis atau berbingkah. Pasir halus, pecahan batu halus boleh dijadikan alat melakukan tayamum.


Sebab Melakukan Tayamum :
  1. Dalam perjalanan jauh
  2. Jumlah air tidak mencukupi karena jumlahnya sedikit
  3. Telah berusaha mencari air tapi tidak diketemukan
  4. Air yang ada suhu atau kondisinya mengundang kemudharatan
  5. Air yang ada hanya untuk minum
  6. Air berada di tempat yang jauh yang dapat membuat telat shalat
  7. Pada sumber air yang ada memiliki bahaya
  8. Sakit dan tidak boleh terkena air


Syarat Sah Tayamum :
  1. Telah masuk waktu salat
  2. Memakai tanah berdebu yang bersih dari najis dan kotoran
  3. Memenuhi alasan atau sebab melakukan tayamum
  4. Sudah berupaya / berusaha mencari air namun tidak ketemu
  5. Tidak haid maupun nifas bagi wanita / perempuan
  6. Menghilangkan najis yang yang melekat pada tubuh


Sunat Ketika Melaksanakan Tayamum :
  1. Membaca basmalah
  2. Menghadap ke arah kiblat
  3. Membaca doa ketika selesai tayamum
  4. Medulukan kanan dari pada kiri
  5. Meniup debu yang ada di telapak tangan
  6. Menggodok sela jari setelah menyapu tangan hingga siku

Rukun Tayamum :
  1. Niat Tayamum.
  2. Menyapu muka dengan debu atau tanah.
  3. Menyapu kedua tangan dengan debu atau tanah hingga ke siku.

Niat Tayamum:

 maksudnya: sahaja aku bertayamum kerana Allah Ta'ala


    Praktik Tayamum :
    1. Membaca bismillah
    2.  Renggangkan jari-jemari, tempelkan ke debu, tekan-tekan hingga debu melekat.
    3. Angkat kedua tangan lalu tiup telapat tangan untuk menipiskan debu yang menempel, tetapi tiup ke arah berlainan dari sumber debu tadi.
    4. Niat tayamum : Nawaytuttayammuma listibaa hatishhalaati fardhollillahi ta'aala (Saya niat tayammum untuk diperbolehkan melakukan shalat karena Allah Ta'ala).
    5. Mengusap telapak tangan ke muka secara merata
    6. Bersihkan debu yang tersisa di telapak tangan
    7. Ambil debu lagi dengan merenggangkan jari-jemari, tempelkan ke debu, tekan-tekan hingga debu melekat.
    8. Angkat kedua tangan lalu tiup telapat tangan untuk menipiskan debu yang menempel, tetapi tiup ke arah berlainan dari sumber debu tadi.
    9. Mengusap debu ke tangan kanan lalu ke tangan kiri.


      Mu'jizat

      Mu`jizat ialah perkara luar biasa yang berlaku kepada para Nabi dan Rasul.
      Mu`jizat ialah perkara luar biasa yang mencarik adat atau khariqu l-`adat (خارق العادة), iaitu sesuatu yang menyalahi kebiasaan manusia biasa.

      Mu`jizat berlaku secara spontan dengan izin Allah. Tiada siapa, termasuk Nabi atau Rasul yang melakukannya, mampu menghasilkan satu mu`jizat sendirian tanpa izin Allah. Mu`jizat tidak diperoleh melalui pembelajaran.

      Sesetengah mu`jizat, telah menakutkan Nabi atau Rasul yang melakukannya, dan inilah apa yang telah berlaku kepada Nabi Musa apabila baginda diperintahkan untuk melontarkan tongkatnya, yang kemudian dia melihatnya bergerak seolah-olah ia seekor ular. Nabi Musa sendiri takut dengan apa yang berlaku.



      Mu`jizat Nabi Muhammad boleh dibahagikan kepada dua bahagian:

      • Kejadian/ Al-Kawniyyah (الكونية)
      • Perkataan/ Al-Qawliyyah (القولية)


      Mu`jizat Perkataan
      Mu`jizat Perkataan ialah Al-Qur'an. Disebabkan Islam adalah agama penutup yang Allah telah tetapkan bahawa ia akan berkekalan sehingga hari Qiyamah, maka Allah menetapkan bahawa mu`jizat Nabi Muhammad juga berterusan, supaya ia akan membantunya dan menjadi sumber kekuatannya secara berterusan.


      Mu`jizat Kejadian
      Mu`jizat Kejadian yang berlaku pada Nabi Muhammad adalah dalam bentuk pertolongan, bantuan dan ketenangan bagi hati orang-orang mu'min. Sebahagiannya berlaku untuk membawa manfa`at kepada orang-orang mu'min, atau menolak bahaya daripada mereka. Mu`jizat Kejadian ini bukanlah asas dalam mensabitkan kerasulan Muhammad , dan kerana itu, Nabi tidak menyebutnya dalam cabarannya kepada para penentangnya. Bahkan, Nabi Muhammad hanya mengehadkan terhadap cabaran untuk mendatangkan sesuatu seperti Al-Qur'an atau dengan satu surah sepertinya.



      Contoh kisah mukjizat  nabi Muhammad SAW :

      1. Menyembuhkan betis Ibnu Al-Hakam yang terputus pada Perang Badar, kemudian Muhammad meniupnya, lalu sembuh seketika tanpa meresakan sakit sedikit pun.
      2. Mata Qatadah terluka pada Perang Uhud, sehingga jatuh dari kelopaknya, kemudian oleh Muhammad mata tersebut dimasukkan kembali dan menjadi lebih indah dari sebelumnya
      3. Membelah bulan dua kali untuk membuktikan kenabiannya pada penduduk Mekkah.
      4. Isra ke Masjidil Aqsa dari Masjidil Haram lalu Mi’raj ke Sidratul Muntaha dari Baitul Maqdis tidak sampai satu malam pada tanggal 27 Rajab tahun 11 Hijriah.
      5. Menerima Al-Qur’an sebagai Firman Tuhan terakhir padahal ia seorang yang buta huruf.