Tuesday, December 28, 2010

Mu'jizat

Mu`jizat ialah perkara luar biasa yang berlaku kepada para Nabi dan Rasul.
Mu`jizat ialah perkara luar biasa yang mencarik adat atau khariqu l-`adat (خارق العادة), iaitu sesuatu yang menyalahi kebiasaan manusia biasa.

Mu`jizat berlaku secara spontan dengan izin Allah. Tiada siapa, termasuk Nabi atau Rasul yang melakukannya, mampu menghasilkan satu mu`jizat sendirian tanpa izin Allah. Mu`jizat tidak diperoleh melalui pembelajaran.

Sesetengah mu`jizat, telah menakutkan Nabi atau Rasul yang melakukannya, dan inilah apa yang telah berlaku kepada Nabi Musa apabila baginda diperintahkan untuk melontarkan tongkatnya, yang kemudian dia melihatnya bergerak seolah-olah ia seekor ular. Nabi Musa sendiri takut dengan apa yang berlaku.



Mu`jizat Nabi Muhammad boleh dibahagikan kepada dua bahagian:

  • Kejadian/ Al-Kawniyyah (الكونية)
  • Perkataan/ Al-Qawliyyah (القولية)


Mu`jizat Perkataan
Mu`jizat Perkataan ialah Al-Qur'an. Disebabkan Islam adalah agama penutup yang Allah telah tetapkan bahawa ia akan berkekalan sehingga hari Qiyamah, maka Allah menetapkan bahawa mu`jizat Nabi Muhammad juga berterusan, supaya ia akan membantunya dan menjadi sumber kekuatannya secara berterusan.


Mu`jizat Kejadian
Mu`jizat Kejadian yang berlaku pada Nabi Muhammad adalah dalam bentuk pertolongan, bantuan dan ketenangan bagi hati orang-orang mu'min. Sebahagiannya berlaku untuk membawa manfa`at kepada orang-orang mu'min, atau menolak bahaya daripada mereka. Mu`jizat Kejadian ini bukanlah asas dalam mensabitkan kerasulan Muhammad , dan kerana itu, Nabi tidak menyebutnya dalam cabarannya kepada para penentangnya. Bahkan, Nabi Muhammad hanya mengehadkan terhadap cabaran untuk mendatangkan sesuatu seperti Al-Qur'an atau dengan satu surah sepertinya.



Contoh kisah mukjizat  nabi Muhammad SAW :

  1. Menyembuhkan betis Ibnu Al-Hakam yang terputus pada Perang Badar, kemudian Muhammad meniupnya, lalu sembuh seketika tanpa meresakan sakit sedikit pun.
  2. Mata Qatadah terluka pada Perang Uhud, sehingga jatuh dari kelopaknya, kemudian oleh Muhammad mata tersebut dimasukkan kembali dan menjadi lebih indah dari sebelumnya
  3. Membelah bulan dua kali untuk membuktikan kenabiannya pada penduduk Mekkah.
  4. Isra ke Masjidil Aqsa dari Masjidil Haram lalu Mi’raj ke Sidratul Muntaha dari Baitul Maqdis tidak sampai satu malam pada tanggal 27 Rajab tahun 11 Hijriah.
  5. Menerima Al-Qur’an sebagai Firman Tuhan terakhir padahal ia seorang yang buta huruf.



No comments:

Post a Comment