TaUhiD

1) NAMA-NAMA ALLAH
  • AL-BASIT                 : YANG MELAPANGKAN REZEKI
  • AL-KHAFID              :YANG MERENDAHKAN DARJAT HAMBANYA
  • AL-RAFI'                   :YANG MENINGKATKAN DARJAT HAMBANYA
  • ALMUI'ZZ                  :YANG MEMULIAKAN SETIAP KEHENDAKNYA
  • AL-MUZILL               :YANG MENGHINA SETIAP KEHENDAKNYA
  • AS-SAMI'                  :YANG MAHA MENDENGAR
  • AL-BASIR                 :YANG MAHA MELIHAT
  • AL-HAKKAM            :YANG MAHA MENGHUKUM
  • AL-HALIM                 :YANG MAHA PENYATU
  • AL-'AZIM                   :YANG MAHA AGUNG
  • AL-GHAFFUR          :YANG MAHA PENGAMPUN
  • AS-SYAKUR            :YANG MENSYUKURIHAMBA YANG TAAT
  • AL-'ALI                      :YANG MAHA TINGGIPERINTAHNYA
  • AL-KABIR                 :YANG MAHA BESAR
  • AL-HAFIZ                  :YANG MAHA MEMELIHARA
  • AL-MUQIT                 :YANG MENJADIKAN & MENYEDIAKAN MAKANAN
  • AL-HASIB                 :MAHA MENGHITUNG

2)  MALAIKAT

Kata malaikat  jamak dari kata Arab malak (ملاك) yang bererti kekuatan. Jadi malaikat adalah kekuatan-kekuatan yang patuh pada ketentuan dan perintah Allah.

Malaikat dalam Islam, merupakan hamba dan ciptaan Allah yang dijadikan daripada cahaya lagi mulia dan terpelihara daripada maksiat. Mereka tidak berjantina, tidak bersuami atau isteri, tidak beribu atau berbapa dan tidak beranak. Mereka tidak tidur dan tidak makan serta tidak minum. Mereka mampu menjelma kepada rupa yang dikehendaki dengan izin Allah. Sebagai contoh malaikat datang kepada kaum Lut menyerupai lelaki yang kacak (Surah Hud 11, ayat 78). Malaikat dikatakan mempunyai sayap dan mampu terbang dengan laju (sesuai dengan dengan cahaya yang bergerak laju).

Muslim wajib beriman kepada malaikat dengan tafsil (تفصيل) dan ijmal (إجمال).


Malaikat wajib

Di antara para malaikat yang wajib setiap orang Islam ketahui sebagai salah satu Rukun Iman adalah :-

Nama Tugas
Jibrail ----- Menyampaikan wahyu Allah.
Mikail ----- Menyampaikan/membawa rezeki yang ditentukan Allah.
Israfil ----- Meniup sangkakala apabila diperintahkan Allah di hari Akhirat[1]
Izrail ----- Mencabut nyawa.
Munkar ----- Menyoal mayat di dalam kubur.[2]
Nakir ----- Menyoal mayat di dalam kubur.[3]
Ridhwan ----- Menjaga pintu syurga dan menyambut ahli syurga.
Malik ----- Menjaga pintu neraka dan menyambut ahli neraka.
Raqib ----- Mencatat segala amalan baik manusia.
Atid ----- Mencatat segala perlakuan buruk manusia.


Berikut merupakan malaikat lain selain daripada 10 yang wajib diketahui ialah:

* Malaikat Zabaniyah - malaikat penyeksa didalam neraka yang banyak bilangannya hingga                                         ada riwayat menyebut bilangan mereka sehingga 70,000.
* Hamalatul Arsy          - empat malaikat penanggung Arasy Allah (pada hari kiamat jumlahnya                                         akan ditambah empat menjadi lapan)
* Malaikat Rahmat       - (kitab Daqoiqul Akhbar)
* Malaikat Kiraman Katibin - pencatat amal baik dan buruk
* Malaikat Harut dan Marut

Dalam Islam, Iman kepada malaikat adalah salah satu Rukun Iman. Beriman kepada malaikat adalah percaya dan membenarkan dengan hati bahawa malaikat Allah SWT benar-benar wujud. Malaikat bersifat ghaib, tidak dapat dilihat oleh mata kasar, tetapi dapat diketahui dan difahami secara majaz(metafora), seperti adanya wahyu yang diterima oleh para nabi dan rasul. Para nabi dan rasul menerima wahyu melalui perantara malaikat Allah SWT.

Iman kepada malaikat merupakan Rukun Iman yang ke-2. Rukun Iman yang 6 merupakan kesatuan yang tidak dapat dipisah-pisahkan, juga tidak dapat dipilih-pilih. Sehingga tidak disebut orang beriman jika tidak meyakini salah satu dari Rukum Iman tsb. Dalam H.R. Muslim, Rasulullah bersabda:

Iman itu ialah engkau beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari akhirat, serta engkau beriman kepada takdir baik mahupun buruk.